Thursday, November 7, 2013

Kenali Wanita 'Si Pisau Cukur'

Aku malas sebenarnya nak cerita pasal ni,sebab mungkin topik ni agak sensitif bagi golongan wanita...lebih2 lagi aku yang nak buka cerita ni pun perempuan juga... :D Tapi,aku rasa aku kene bincang juga dengan korang pasal topik ni sebab perbuatan macam ni memang merosakkan nama wanita sedunia.Bak kata pepatah'sebab nila setitik,rosak susu sebelanga'. Orang lelaki pun dah ramai yang complain...kene tipu la,muflis la..itu la,ini la... Tu la,siapa suruh tak tahan godaan..hehe..

By the way....aku sebenarnya nak cerita pasal ciri-ciri wanita pisau cukur ni... So...check this out..... ;)


1. Semasa proses mengenali lelaki dia
akan menggunakan segala aset yang
dimilikinya untuk menggoda seseorang
lelaki.
2. Selalunya perempuan pisau cukur ini
orangnya lemah lembut, manis dan sangat-
sangat pandai berkata-kata. Selalunya
pada permulaan hubungan dia tidak
akan meminta apa-apa. Tetapi lama
kelamaan sampai botak si lelaki untuk
memenuhi permintaannya.
3. Agak seksi dan menggoda untuk
memudahkan lelaki cair
4. Berperwatakan seperti mewah untuk
meyakinkan lelaki bahawa dia tidak
memerlukan harta si lelaki untuk senang.
5. Selalunya mempunyai kenangan pahit
tersendiri. Mungkin pernah dilukakan atau
diperlakukan sesuatu oleh lelaki
sehinggakan dia menganggap semua lelaki
tidak boleh dipercayai dan menanam hasrat
untuk membalas dendam pada semua
lelaki.
6. Apabila sudah agak lama berkawan dia
akan mula meminta macam-macam.
Selalunya permintaannya akan bermula
sedikit demi sedikit. Contohnya buat
permulaan dia akan meminta telefon bimbit.
Kemudian dia akan meminta lebih lagi.
7. Selalunya tiada perasaan cemburu. Tidak
mahu mengakhiri hubungan dengan
perkahwinan.Tidak mengira
status seorang lelaki sama ada berkahwin
atau bujang asalkan banyak harta dan
wang.
8. Mudah untuk dibawa kemana-mana
tanpa sebarang sekatan. Baginya
asalkan tempat yang hendak dituju boleh
memberi manfaat padanya contohnya
membeli belah.
9. Selalunya tidak akan menceritakan latar
belakang keluarganya. Jika ditanya
selalunya dia lebih suka mengelak. Jadi
tidak mustahil jika sudah berbulan-bulan
berkawan anda masih tidak tahu asal
usulnya.
10. Apabila lelaki yang dikikis sudah tidak
lagi mendatangkan manfaat kepadanya, dia
akan mencari kesalahan lelaki tersebut
untuk tinggalkannya.

Ha...dah tau dah... Kepada lelaki di luar sana..hati-hati la kalau jumpa perempuan macam ni. Mana tau,korang mungkin jadi mangsa seterusnya selepas ni...

Wednesday, November 6, 2013

Tips Elak Perut Buncit+Boroi

Perut buncit atau boroi memang menjejaskan penampilan tidak kira lelaki ataupun wanita.Biasanya mereka yang berperut buncit ni akan sentiasa berasa kurang yakin diri sebab semua yang dipakai semuanya tak kene.... Hari ni,aku nak kongsi sikit tips untuk elakkan perut buncit+boroi ni... :)

1.Jangan Makan Terlalu Banyak
Belon kalau diisi dengan angin yang banyak,makin besarkan?? Ha....macam tu la juga perut kita ni,kalau diisi dengan makanan yang berlebihan,mesti la jdi buncit...

2.Elakkan Makanan Yang Berlemak
Badan kita memang memerlukan lemak,tapi kuantiti yang diperlukan itu tidaklah banyak.Oleh itu,bila korang terlebih ambil lemak dalam pemakanan,mesti la lemak 2 akan terkumpul di sekitar perut biasanya.

3.Elakkan Meminum Air Terus Selepas Makan
Ni petua orang dulu-dulu...bila kita trus minum air selepas makan,perut kita akan mengembung dan kelihatan buncit.Sekurang-kurangnya kita kne lah tunggu lebih kurang 15-20minit lepas makan barulah kita minum

4.Bersenam
Ni la yang paling penting skali...bersenam itu penting untuk mgelakkan perut buncit dan menyihatkan badan.Senaman itu haruslah dilakukan secara konsisten.

Tu je la tips yang dapat aku kongsi...semoga bermanfaat untuk korang.
Say NO to 'perut buncit+boroi'....

Tuesday, November 5, 2013

Rahsia Buat Duit Dengan Menulis

Korang tau tak,yang menulis ni boleh dijadikan sumber pendapatan?? Rasanya banyak yang dah tahu kot... Sama ada menulis untuk majalah,buku-buku ilmiah,novel,akhbar,blog dan sebagainya..semua ni dapat menghasilkan duit.
Apa yang penting adalah bagaimana kita menghasilkan karya kita..kalau kita tulis panjang-panjang tapi langsung tak mampu menarik perhatian pembaca pun tak guna juga.
Teknik penulisan itu perlu ada pada mereka yang hendak buat duit dengan menulis.

Kat sini,saya ingin memperkenalkan satu produk yang akan membongkar rahsia bagaimana kita mampu buat duit dengan menulis....
~klik sini~
<a href="http://rajaads.ashadee.com/go/2/belinda89/">Buat Duit Dengan Menulis</a>


Produk ini adalah produk daripada Mohd Shamsuriyadi.Produk ini merupakan pakej video yang akan membincangkan bagaimana korang boleh buat duit melalui penulisan ebook,blog,majalah dan sebagainya.

So,tunggu apalagi...dapatkan pakej video ini segera dengan harga RM150 sahaja...! Jangan sia-siakan peluang yang ada...
Dapatkan sekarang....
<a href="http://rajaads.ashadee.com/go/2/belinda89/">Buat Duit Dengan Menulis</a>

Ramai yang telah berjaya melalui bidang penulisan...anda bila lg?? Tak nak ke jadi seperti jutawan Azizi Ali dan Irfan Khairi?? Mereka pun bermula dari bidang penulisan juga tau.... Ingat...di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

<a href="http://rajaads.ashadee.com/go/2/belinda89/">Buat Duit Dengan Menulis</a>

Monday, November 4, 2013

Lazy Monday

Selamat pagi semua...make sure korang mulakan hari dengan senyuman :D Maklum la,hari ni kan hari isnin...mesti korang susah sikit nak senyum pagi ni..senyum kelat-kelat pun jadi la.....hu2... Aku tau...mesti banyak yang tak suka ngan hari isnin ni. Orang kata,hari isnin ni hari paling malas skali,nak bangun tido malas,nak turun kerja pun malas...
Kenapa mesti malas sangat bila tiba hari isnin ni??

Sebenarnya,bila dah cuti hujung minggu selama dua hari tu la yang buat korang ni malas betul bila hari isnin tiba....rasa masih lg nak cuti,masih lagi nak rehat-rehat. Tapi korang kene ingat,kita hidup kat dunia ni bukannya free....smua benda nak bayar,jadi kalau kita tak bekerja,macam mana nak dapat duit nak bayar macam-macam..

Sebab tu la,bila malam ahad tiba korang kene bersiap sedia dengan hari isnin yang akan tiba.Set dalam minda anda yang 'esok hari isnin....tak boleh malas'.Bilang korang buat macam ni,secara tak langsung korang akan lebih bersedia untuk menghadapi kedatangan hari isnin.Ha....bukan hari isnin je,hari-hari lain pun macam 2 juga.... Baru la korang boleh tersenyum lebar di pagi Isnin... :D

Saturday, November 2, 2013

Lagi Buang Bayi

Kelmarin time aku baca metro,ada lagi kes buang bayi.Kali ni berlaku kat Kuching,Sarawak.Bayi perempuan yang cukup sifat,dijumpai oleh seorang pemuda yang sedang mencari umpan untuk memancing di bawah jambatan di tebing Sungai Sarawak.

Hmm....aku ingatkan dah reda sikit kes buang bayi yang hangat di dada akhbar sebelum ni,tapi kelmarin aku terbaca lagi kes ni di dada akhbar.Aku hairan la...kenapa mereka sanggup buang bayi tu?? Kalau tak nak,banyak lagi orang yang nak anak..pusat kebajikan pun ada.Perlu ke sampai nak buang-buang?? Mereka bukan ank patung,mereka juga manusia yang bernyawa...

Kalau berani buat,berani la tanggung..jangan sampai bayi yang tak berdosa yang jadi mangsa.Aku sebagai seorang ibu,cukup sensitif bila dengar kes buang bayi ni.. Cukup-cukup la kita dah buat dosa bila buat maksiat,pastu nak tambah dosa lagi dengan bunuh bayi yang tak bersalah tu... Macam-macamlah....

Thursday, October 31, 2013

Jangan Potong Kaki Ku....

Ni la akibatnya kalau tidak peka terhadap pengambilan makanan dalam kehidupan seharian kita... Kencing manis atau diabetes adalah sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia(tinggi kandungan gula dalam darah) terutamanya selepas pengambilan makanan pada penghidapnya. Korang faham tak?? Memang benar,kadar penghidap kencing manis kat Malaysia ni semakin meningkat.Lebih-lebih lagi,mereka yang berada dalam lingkungan umur 20-30 tahun... Golongan muda sekarang semakin banyak yang menghidap kencing manis,sama ada mereka sedar ataupun tidak... Keadaan inilah yang membimbang kita,sebab tu la kerajaan naikkan harga gula... Tapi,mampu ke tindakkan mereka menaikkan harga gula ni mencegah peningkatan kadar penghidap kencing manis di Malaysia?? Tepuk dada,tanya selera...

Tanda-Tanda /Gejala Penyakit Kencing Manis
-Dehidrasi/sentiasa berasa haus
-Kerap berasa ingin kencing/Peningkatan frekunsi kencing
-Kelelahan yang berpanjangan/Sentiasa berasa letih
-Penurunan berat badan mendadak
-Gangguan Penglihatan
-Penyembuhan luka yang lama

Cara Pencegahan Awal
-Kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan
-Elakkan makanan dan minuman yang mengandungi gula tiruan
-Bersenam secara konsisten
-Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan secara konsisten

Punca Suami Curang-Part 2

Kelmarin aku dah cerita pasal punca-punca suami curang.Hari ni pun aku nak sambung lagi cerita punca suami curang.Kalau kelmarin,aku cerita puncanya dari suami itu sendiri,hari ni aku nak cerita punca suami curang akibat sikap isteri itu sendiri... Bukan apa,isu ni memang sensitif sikit sebab zaman sekarang,bukan suami je buat perangai...isteri pun ada juga yang buat perangai.

1.Isteri Tidak Matang
Bila cerita pasal matang ni,bukan semua orang dewasa matang.Ada yang dah tua bangka pun perangai masih gak macam budak-budak.Isteri yang tidak matang ni biasanya,cikit2 merajuk...bila gaduh sikit nak complain kat mummu daddylah... Ni la antara 1 sifat ppuan yang lelaki tak suka... Wahai wanita,ketahuilah bahawa orang lelaki ni memang tak suka ppuan yang perangai mcm budak2..kuat merajuk,sebab mereka tak suka memujuk.

2.Isteri Tidak Pandai Jaga Keperluan Suami
Ni pun masalah juga...buat tu belum pandai,buat ni belum pandai dah sibuk-sibuk nak kawin,bila dah kawin..makan minum suami reti nak buat.Baju suami tak reti nak cuci...mesti la suami cari lain

3.Isteri Tak Pandai Jaga Penampilan
Dulu masa bercinta bukan main jaga penampilan,mekap tebal,bau wangi,baju cantik....tp bila dah kawin,muka pucat semacam,bau tengik,duduk umah berkemban pakai kain batik je,pastu rmbut tak terurus... Mesti la suami pun lari bila tengok...

Ha....para isteri kat luar sana...sedar tak korang yang benda remah macam tu pun sebenarnya boleh buat suami berlaku curang....