Monday, August 5, 2013

Bila Cinta Itu Buta.....

Orang kata cinta itu buta....kesiankan cinta tu sebab tak dapat melihat.Tapi betul ke cinta tu buta?? atau kita yang buta sebenarnya bila bercinta?? pada pendapat mama,mesti la kita yang buta bila bercinta.

Banyak kes yang berlaku gara-gara cinta buta ni...Budak-budak zaman sekarang,kecil-kecil lagi dah pandai bercinta-cintun ni.Belum apa-apa,pergaulan dah terlalu bebas...pastu,tak habis sekolah lagi dah ada handphone masing-masing.Zaman mama dulu,memang dah ada handphone,tapi mak bapa mama t kasi pakai.Mama dah habis sekolah menengah baru mama dapat pakai handphone ni.Bila dah pandai bercinta,macam-macam la yang terjadi...ha...dah tak nampak benda lain dah..nampak wajah buah hati je.. Sebab tu la orang kata cinta tu buta kot....(Huhu...)

Sebab cinta buta,sanggup buang keluarga.Sebab cinta buta,sanggup buang anak.Sebab cinta buta,sanggup mati bersama(you jump,I jump...)Sebab cinta buta,sanggup jadi mangsa dera,sanggup jadi keldai dadah,sanggup kene tipu dan macam-macam lagi la yang sanggup dibuatnya....

Sekarang ni....tepuk dada,tanya selera....berbaloi ke cinta buta ni?? Kat sini mama nak nasihatkan sikit ,sebelum kita mncintai orang lain,belajar la untuk cintakan diri sendiri dulu...supaya kita tak merana lain hari....

Friday, August 2, 2013

Dalam Membentuk Peribadi Positif Anak-Anak,Apakah Peranan Ibu Bapa?

Anak merupakan kurniaan dari Tuhan yang paling istimewa.Sesiapa sahaja yang punya anak pasti tahu bagaimana rasanya mempunyai anak dan mereka pasti inginkan anak-anak mereka membesar menjadi insan yang berguna.Tapi sayang,hari ini kita dapat melihat begitu banyak anak-anak remaja yang buruk tingkah lakunya.Ada yang berani melawan kata-kata ibu bapa,ada yang pandai berbohong,melakukan kesalahan jenayah yang serius,masalah vandalisme dan sebagainya.... Jika kita renungkan semula...siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?? Hari ini,saya ingin memberitahu anda semua bagaimana ibu bapa memainkan peranan mereka dalam membentuk peribadi yang mulia anak-anak...

1.Memberi contoh atau teladan yang baik

-Semasa anak-anak masih kecil mereka umpama 'video kamera'.Mereka mampu menghafal setiap apa yang kita buat dan meniru setiap perbuatan kita.Sebagai contoh,jika kita selalu bercakap kasar dengan mereka,mereka juga akan bercakap kasar seperti kita dengan orang lain.Oleh itu,kita sepatutnya menjaga tingkah laku dan gaya percakapan kita di hadapan mereka.

2.Tidak terlalu memanjakan anak-anak

-Ramai anak-anak zaman sekarang yang terlalu dimanjakan oleh ibu bapa sehingga mereka 'besar kepala'.Semua permintaan dpenuhi oleh ibu bapa tanpa memikir kesan buruk yang akan berlaku.Apabila ibu bapa tidak lagi mampu memberi apa yng mereka inginkan,mereka akan memberontak dan mencari jalan lain untuk mendapatkan apa yang diingini.contohnya,mereka akan memcuri.Ibu bapa sepatutnya tidak terlalu memanjakan anak-anak supaya mreka tidak terbiasa..

3.Memberi didikan agama

-Ini merupakan salah satu pekara yang paling penting dalam membentuk sahsiah positif anak-anak.Namun seiring waktu berjalan,pekara ini semakin dilupai oleh kbanyakkan ibu bapa hari ini.Mereka lupa bahawa didikan agama masih merupakan teras penting dalam membentuk peribadi anak-anak.Didikan agama sangat penting supaya mereka tahu untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.