Thursday, October 31, 2013

Jangan Potong Kaki Ku....

Ni la akibatnya kalau tidak peka terhadap pengambilan makanan dalam kehidupan seharian kita... Kencing manis atau diabetes adalah sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia(tinggi kandungan gula dalam darah) terutamanya selepas pengambilan makanan pada penghidapnya. Korang faham tak?? Memang benar,kadar penghidap kencing manis kat Malaysia ni semakin meningkat.Lebih-lebih lagi,mereka yang berada dalam lingkungan umur 20-30 tahun... Golongan muda sekarang semakin banyak yang menghidap kencing manis,sama ada mereka sedar ataupun tidak... Keadaan inilah yang membimbang kita,sebab tu la kerajaan naikkan harga gula... Tapi,mampu ke tindakkan mereka menaikkan harga gula ni mencegah peningkatan kadar penghidap kencing manis di Malaysia?? Tepuk dada,tanya selera...

Tanda-Tanda /Gejala Penyakit Kencing Manis
-Dehidrasi/sentiasa berasa haus
-Kerap berasa ingin kencing/Peningkatan frekunsi kencing
-Kelelahan yang berpanjangan/Sentiasa berasa letih
-Penurunan berat badan mendadak
-Gangguan Penglihatan
-Penyembuhan luka yang lama

Cara Pencegahan Awal
-Kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan
-Elakkan makanan dan minuman yang mengandungi gula tiruan
-Bersenam secara konsisten
-Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan secara konsisten

No comments:

Post a Comment