Thursday, October 31, 2013

Punca Suami Curang-Part 2

Kelmarin aku dah cerita pasal punca-punca suami curang.Hari ni pun aku nak sambung lagi cerita punca suami curang.Kalau kelmarin,aku cerita puncanya dari suami itu sendiri,hari ni aku nak cerita punca suami curang akibat sikap isteri itu sendiri... Bukan apa,isu ni memang sensitif sikit sebab zaman sekarang,bukan suami je buat perangai...isteri pun ada juga yang buat perangai.

1.Isteri Tidak Matang
Bila cerita pasal matang ni,bukan semua orang dewasa matang.Ada yang dah tua bangka pun perangai masih gak macam budak-budak.Isteri yang tidak matang ni biasanya,cikit2 merajuk...bila gaduh sikit nak complain kat mummu daddylah... Ni la antara 1 sifat ppuan yang lelaki tak suka... Wahai wanita,ketahuilah bahawa orang lelaki ni memang tak suka ppuan yang perangai mcm budak2..kuat merajuk,sebab mereka tak suka memujuk.

2.Isteri Tidak Pandai Jaga Keperluan Suami
Ni pun masalah juga...buat tu belum pandai,buat ni belum pandai dah sibuk-sibuk nak kawin,bila dah kawin..makan minum suami reti nak buat.Baju suami tak reti nak cuci...mesti la suami cari lain

3.Isteri Tak Pandai Jaga Penampilan
Dulu masa bercinta bukan main jaga penampilan,mekap tebal,bau wangi,baju cantik....tp bila dah kawin,muka pucat semacam,bau tengik,duduk umah berkemban pakai kain batik je,pastu rmbut tak terurus... Mesti la suami pun lari bila tengok...

Ha....para isteri kat luar sana...sedar tak korang yang benda remah macam tu pun sebenarnya boleh buat suami berlaku curang....

No comments:

Post a Comment