Thursday, October 31, 2013

Jangan Potong Kaki Ku....

Ni la akibatnya kalau tidak peka terhadap pengambilan makanan dalam kehidupan seharian kita... Kencing manis atau diabetes adalah sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia(tinggi kandungan gula dalam darah) terutamanya selepas pengambilan makanan pada penghidapnya. Korang faham tak?? Memang benar,kadar penghidap kencing manis kat Malaysia ni semakin meningkat.Lebih-lebih lagi,mereka yang berada dalam lingkungan umur 20-30 tahun... Golongan muda sekarang semakin banyak yang menghidap kencing manis,sama ada mereka sedar ataupun tidak... Keadaan inilah yang membimbang kita,sebab tu la kerajaan naikkan harga gula... Tapi,mampu ke tindakkan mereka menaikkan harga gula ni mencegah peningkatan kadar penghidap kencing manis di Malaysia?? Tepuk dada,tanya selera...

Tanda-Tanda /Gejala Penyakit Kencing Manis
-Dehidrasi/sentiasa berasa haus
-Kerap berasa ingin kencing/Peningkatan frekunsi kencing
-Kelelahan yang berpanjangan/Sentiasa berasa letih
-Penurunan berat badan mendadak
-Gangguan Penglihatan
-Penyembuhan luka yang lama

Cara Pencegahan Awal
-Kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan
-Elakkan makanan dan minuman yang mengandungi gula tiruan
-Bersenam secara konsisten
-Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan secara konsisten

Punca Suami Curang-Part 2

Kelmarin aku dah cerita pasal punca-punca suami curang.Hari ni pun aku nak sambung lagi cerita punca suami curang.Kalau kelmarin,aku cerita puncanya dari suami itu sendiri,hari ni aku nak cerita punca suami curang akibat sikap isteri itu sendiri... Bukan apa,isu ni memang sensitif sikit sebab zaman sekarang,bukan suami je buat perangai...isteri pun ada juga yang buat perangai.

1.Isteri Tidak Matang
Bila cerita pasal matang ni,bukan semua orang dewasa matang.Ada yang dah tua bangka pun perangai masih gak macam budak-budak.Isteri yang tidak matang ni biasanya,cikit2 merajuk...bila gaduh sikit nak complain kat mummu daddylah... Ni la antara 1 sifat ppuan yang lelaki tak suka... Wahai wanita,ketahuilah bahawa orang lelaki ni memang tak suka ppuan yang perangai mcm budak2..kuat merajuk,sebab mereka tak suka memujuk.

2.Isteri Tidak Pandai Jaga Keperluan Suami
Ni pun masalah juga...buat tu belum pandai,buat ni belum pandai dah sibuk-sibuk nak kawin,bila dah kawin..makan minum suami reti nak buat.Baju suami tak reti nak cuci...mesti la suami cari lain

3.Isteri Tak Pandai Jaga Penampilan
Dulu masa bercinta bukan main jaga penampilan,mekap tebal,bau wangi,baju cantik....tp bila dah kawin,muka pucat semacam,bau tengik,duduk umah berkemban pakai kain batik je,pastu rmbut tak terurus... Mesti la suami pun lari bila tengok...

Ha....para isteri kat luar sana...sedar tak korang yang benda remah macam tu pun sebenarnya boleh buat suami berlaku curang....

Wednesday, October 30, 2013

Punca Suami Curang

Orang kata,sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.... Macam tu la perihalnya tentang suami curang ni... Benda kalau dah busuk,kita sembunyi pun orang dapat hidu juga baunya... Situasi ni sebenarnya dah banyak berlaku dalam masyarakat kita.Kesian aku tengok bini-bini yang jadi mangsa ni.. Kalau nak insaf bila dah kantoi tak pa la juga,ni tak....makin menjadi gatalnya suami macam ni bila dah kantoi.(Mmg tak sdr dri btul.. ) Ni aku nak kongsi sikit apa sebenarnya punca suami curang ni...

1.Mereka Digoda
Orang lelaki ni,kalau imannya tak kuat memang la kalah dengan godaan.Walaupun mereka sebenarnya tak pernah terniat pun nak duakan bini,tapi mereka akan tetap duakan bini mereka bila dah tak tahan dengan godaan wanita yang licik menggoda.

2.Nafsu Seks
Ha...ni la alasan yang biasa digunakan bila para suami ni kantoi.. Kata dah tak bernafsu dengan bini la,kata bini dah tak cantik macam dulu,longgar sana sini..sbb 2 nak cuba pucuk muda. Hmm...sedar ke mereka yang dri mereka sendiri pun tak sempurna juga... Jadi,kenapa perlu nak mengata isteri macam-macam bila dah kantoi??

3.Memang Kaki Perempuan/Sudah Tabiat
Kalau bini dapat laki macam ni memeng dah nasib la...mereka yang kaki perempuan ni biasanya memang susah nak sedar diri,susah nak berubah... Masalahnya,lelaki yang jenis ni,memang susah kita nak nampak sifat sebenarnya..sebab tu la ramai perempuan yang tertipu.Bila dah jadi suami,baru la mereka sedar. Lelaki kaki perempuan ni memang tak pernah puas dengan seorang perempuan,mereka tamak...nak bini,nak juga perempuan lain.

Bagi suami curang tu,cepat-cepat la sedar diri...hidup kat dunia ni,bukan untuk enjoy je.Kesian sikit kat bini yang cukup setia tu... Hmm...macam-macam la....

Tuesday, October 29, 2013

Ahli Mesyuarat Tingkap

Hello semua.....korang tau tak maksud 'mesyuarat tingkat' ni?? Hehe...memdalam maknanya tu... Ok,biar aku terangkan maksudnya.. 'Mesyuarat tingkap' ni bermaksud mengumpat.Orang dulu-dulu kata mesyuarat tingkap sebab zaman dulu,surirumah yang tidak bekerja slalunya mengumpat dari tingkap je..bercakap melalui tingkap.Bukan macam sekarang ni,ada telefon bimbit,ada media sosial utk orang mengumpat.

Mengumpat ni kadang-kadang memang menyeronokkan.... Bukan apa,time mesyuarat tingkap ni la kita slalunya meluahkan rasa tidak puas hati kita...macam dalam mesyuarat lain2 juga.Tapi dosa mengumpat tu sendiri la yang tanggung ye.....(Aku tak nak tanggung..huhu :D)

Mengumpat ni memamg sinonim dengan kaum wanita...tapi korang tau tak orang lelaki pun ada juga yang jadi ahli mesyuarat tingkap ni.....ha...caya tak?? Malah peratusan kaum lelaki yang jadi ahli mesyuarat tingkap hampir sama banyak dengan kaum wanita.So,korang macam mana?? Ahli mesyuarat tingkap juga ke?? Hehe..... Macam-macam la....

Saturday, October 26, 2013

Rakam 'Aksi Panas'...Perlu Ke??

Budak-budak zaman sekarang...ada-ada je kerja gila dibuatnya.Yang paling hot sekarang,rakam 'aksi panas' la... Aku hairan la...perlu ke nak bt macam ni?? Mungkin sesetengah orang menganggap yang happy moment 2 harus di abadikan,tp crazy moment tu rasanya tak perlu kot...

Bukannya apa...kita ni dibesarkan dengan adat orang timur,bukan adat orang barat,jadi kita kene la jaga perlakuan kita agar apa yang kita buat tidak disalah ertikan.

'Aksi Panas' yang aku maksudkan ni meluas....cuba search kat You Tube,macam-macam video korang bolah tengok kat situ.Video lucah tempatan,aksi mat rempit yang tengah merempit,video budak-budak tempatan bergaduh..bukan video budak lelaki je,video budak perempuan pun ada juga.... Memalukan betul bila semua aksi-aksi negetif ni jadi tontonan umum,seluruh dunia lagi tu yang tengok.

Bangga ke bila 'aksi panas' macam ni jadi tontonan umum?? Tepuk dada tanya selera.... Macam-macam la.....

Thursday, October 24, 2013

Haruan Makan Anak

Apa nak jadi sekarang ni.....kes sumbang mahram semakin menjadi-jadi.Kesian aku tengok anak-anak yang jadi mangsa ni... Bayangkanlah korang yang berada kat tempat mereka yang jadi mangsa ni....hurmmm....tak terbayang aku.

Apa sebenarnya yang mendorong kes 'Haruan Makan Anak' ni semakin meningkat?? Betapa kejamnya mereka sampai sanggup 'makan' darah daging sendiri.Anak yang sepatutnya pemangsa tu jaga dan lindungi,jadi mangsa mereka sendiri.Mana perginya sifat keperimanusiaan mereka?

Aku rasa,mereka yang macam tu mesti kurang iman...kurang kesedaran sivik(kurang moral :p),takda rasa bertanggungjawab...nafsu je melebih.. :D Apa-apa pun,hukuman yang berat aku rasa perlu untuk mereka ni,biar mereka dan masyarakat tahu yang kita sangat kisah pasal nasib mangsa-mangsa sumbang mahram ni.So,tunggu apa lagi....kalau korang perasan ada kes macam ni berlaku kat sekeliling korang,cepat-cepat la lapor kat balai polis..sebab tu juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab korang.
Betul tak??

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 23, 2013

Cinta Tiga Segi

Pernah dengar tak lagu 'Cinta Tiga Segi' ni?? Korang tau tak cerita di sebalik lagu ni?? Aku pun kurang pasti sebenarnya apa cite disebalik lagu ni,macam-macam versi cite aku dengar.Apa-apa pun,bukan pasal tu yang aku nak cite ni...

Pernah tak korang berada dalam situasi macam ni?? Siapa yang patut dipersalahkan bila korang berada dalam situasi macam ni?? Cinta tiga segi ni biasanya terjadi bila korang tak reti nak setia,kurang iman di dada..betul tak? Bila dah jumpa pasangan yang sesuai,belajarlah untuk setia.

Bila cinta pun dah bersegi-segi,mesti la banyak yang akan terluka..tak baik tau mainkan perasaan orang,nanti bila dah kene batang hidung sendiri baru tau.. So,aku harap korang tak la terjebak dalam cinta tiga segi ni..nanti merana pula... :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 21, 2013

Cara Betul 'Cari Pasal'

Ada kala,perselisihan faham boleh bertukar menjadi pergaduhan kalau tak kena pada gayanya.Cuba taktik berikut yang bukan saja boleh buat si dia akur cakap kamu,malah buat perhubungan kalian lebih mantap.

1.Elakkan Ayat Ini..
"Kita kena berbincang.."Biasanya tiada perkara bagus akan terjadi bila ayat ni diungkapkan,terutama sekali jika kamu gunakan ayat ini dalam nada yang penuh attitude.Ia pasti buatkan si dia rasa seperti cacing kepanasan.Sebaliknya,mulakan dengan memberitahu yang kamu nak cakap mengenai perkara whatever yang tengah mengganggu fikiran dan emosimu.

2.Singkirkan Drama
Wanita memang suka berdrama bila bergaduh.Tak perlulah nak menjerit,baling barang atau sampai histeria.Ia akan buat kamu nampak lebih menyakitkan hati.kalau rasa marah sangat,walk away dan kembali bila dah tenang.kamu akan rasa lebih jelas untuk bercerita mengenai pandangan kamu kepadanya,tanpa dia merasakan yang kamu 'meroyan'.

3.Akui Jika Pandangannya Betul
Percaya atau tidak,bukan si dia saja yang selalu salah.Beritahunya yang kamu faham maksudnya daripada pandangan spesifik.Ia pasti akan buatnya rasa terkedu dan mungkin akan lakukan yang sama untuk kamu.

4.Elak Keadaan Jadi Lebih Keruh
Jika kamu sedar yang bibir kamu hampir nak ucapkan sesuatu yang bakal buat diri kamu menyesal kemudian hari,lebih baik berhenti bercakap dan kira hingga sepuluh.Beritahunya perbualan kalian sudah ke arahlebih teruk dan kalian perlukan a time out.Jika dia tak pedulikan kamu dan terus 'menembak',diamkan diri.Ingat,salah seorang daripada kamu perlu berlagak seperti orang dewasa.

Jadi...kepada yang nak cari pasal tu..harap-harap tips ni berguna. :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 16, 2013

Fw: Isteri Dera Suami??

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: belindaishak89@gmail.com
Date: Wed, 16 Oct 2013 04:20:45
To: <belindaishak89.billyzarra@blogger.com>
Reply-To: belindaishak89@gmail.com
Subject: Isteri Dera Suami??

Pernah dengar ke isteri dera suami??Dulu mungkin jarang2 la kita dengar...tapi sekarang dah selalu sangat.Apa nak jadi dengan dunia sekarang?? Layak ke mereka digelar 'Suami' bila martabat mereka di rendahkan oleh si isteri??

Apa sebenarnya yang terjadi sampai isteri ni sanggup dan sampai hati buat suami mereka macam tu? Yang tu cuma isteri yang mendera je boleh jawab... Pendapat saya la,bila suami terlalu takut bini memang macam tu la... Sebagai seorang suami dan ketua keluarga,mereka seharusnya bijak mengawal segala situasi yang berlaku dalam rumahtangga.Jangan takut untuk tunjuk kuasa sebagai seorang suami asalkan mereka tidak salah menggunakan kuasa mereka.

Memang dah lumrah,kaum wanita ni kalau dimanja sikit mulalah naik lemak.Oleh itu,kita sebagai seorang isteri harus tau batas-batas sebagai seorang isteri.Ingat...walau apa pun terjadi,suami harus dihormati...kerana mereka adalah ketua keluarga.

K lah...sampai sini je celoteh hari ni,kang nak cakap lebih-lebih ,muak pula yang membaca panjang lebar... :D
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.