Thursday, November 7, 2013

Kenali Wanita 'Si Pisau Cukur'

Aku malas sebenarnya nak cerita pasal ni,sebab mungkin topik ni agak sensitif bagi golongan wanita...lebih2 lagi aku yang nak buka cerita ni pun perempuan juga... :D Tapi,aku rasa aku kene bincang juga dengan korang pasal topik ni sebab perbuatan macam ni memang merosakkan nama wanita sedunia.Bak kata pepatah'sebab nila setitik,rosak susu sebelanga'. Orang lelaki pun dah ramai yang complain...kene tipu la,muflis la..itu la,ini la... Tu la,siapa suruh tak tahan godaan..hehe..

By the way....aku sebenarnya nak cerita pasal ciri-ciri wanita pisau cukur ni... So...check this out..... ;)


1. Semasa proses mengenali lelaki dia
akan menggunakan segala aset yang
dimilikinya untuk menggoda seseorang
lelaki.
2. Selalunya perempuan pisau cukur ini
orangnya lemah lembut, manis dan sangat-
sangat pandai berkata-kata. Selalunya
pada permulaan hubungan dia tidak
akan meminta apa-apa. Tetapi lama
kelamaan sampai botak si lelaki untuk
memenuhi permintaannya.
3. Agak seksi dan menggoda untuk
memudahkan lelaki cair
4. Berperwatakan seperti mewah untuk
meyakinkan lelaki bahawa dia tidak
memerlukan harta si lelaki untuk senang.
5. Selalunya mempunyai kenangan pahit
tersendiri. Mungkin pernah dilukakan atau
diperlakukan sesuatu oleh lelaki
sehinggakan dia menganggap semua lelaki
tidak boleh dipercayai dan menanam hasrat
untuk membalas dendam pada semua
lelaki.
6. Apabila sudah agak lama berkawan dia
akan mula meminta macam-macam.
Selalunya permintaannya akan bermula
sedikit demi sedikit. Contohnya buat
permulaan dia akan meminta telefon bimbit.
Kemudian dia akan meminta lebih lagi.
7. Selalunya tiada perasaan cemburu. Tidak
mahu mengakhiri hubungan dengan
perkahwinan.Tidak mengira
status seorang lelaki sama ada berkahwin
atau bujang asalkan banyak harta dan
wang.
8. Mudah untuk dibawa kemana-mana
tanpa sebarang sekatan. Baginya
asalkan tempat yang hendak dituju boleh
memberi manfaat padanya contohnya
membeli belah.
9. Selalunya tidak akan menceritakan latar
belakang keluarganya. Jika ditanya
selalunya dia lebih suka mengelak. Jadi
tidak mustahil jika sudah berbulan-bulan
berkawan anda masih tidak tahu asal
usulnya.
10. Apabila lelaki yang dikikis sudah tidak
lagi mendatangkan manfaat kepadanya, dia
akan mencari kesalahan lelaki tersebut
untuk tinggalkannya.

Ha...dah tau dah... Kepada lelaki di luar sana..hati-hati la kalau jumpa perempuan macam ni. Mana tau,korang mungkin jadi mangsa seterusnya selepas ni...

No comments:

Post a Comment