Wednesday, November 13, 2013
Busy Body
Tapi kan...korang tau tak yang sikap busy body ni ada juga kebaikkannya...
Mereka yang busy body ni tak semuanya menyibuk untuk hiburan atau gosip semata-mata,ada yang busy body sebab mereka memang benar-benar prihatin terhadap masyarakat sekeliling,tetapi ramai yang tersalah anggap kerana mereka berasa rimas.
Jadi busy body ni perlu dalam kes tertentu.Contohnya,bila korang prasaan ada berlakunya kes penderaan di kawasan tempat tinggal anda,jangan takut nak menyibuk.Cepat-cepat la lapor ke balai polis.Begitu juga la dengan kes jenayah yang lain.... Haaaa....time la korang kene jadi busy body.
Menyibuk ni tak salah sebenarnya,cuma...bila dah melampau,mesti la jadi kesalahan.
So,pandai-pandai la korang kawal sikap busy body korang tu supaya nama korang tak diharamkan kat mana-mana....heheeee..... :)
Monday, November 11, 2013
Tips Menjaga Bahagian IntimMu Wanita
1.SETELAH BUANG AIR BESAR/KECIL
cuci bahagian luar alat kelamin dengan air &&
sabun. bagi kaum wanita, siram dengan air
dengan arah depan ke belakang. ia mencegah
kemasukan kuman dari dubur ke vagina. bagi
lelaki pula, cukup hanya membersihkannya
dengan air bersih.
2.KEBERSIHAN PAKAIAN DALAM
ganti seluar dalam sebanyak 2x sehari untuk
menjaga kebersihan. selain itu pilihlah seluar
dalam dari fabrik yang mudah menyerap peluh.
jika tidak kulat boleh menempel pada alat
kelamin. hindari untuk saling bertukar pakaian
dalam dengan orang lain termasuklah dengan
ahli keluarga sendiri kerana setiap orang memiliki
keadaan alat kelamin yang berbeza.
3.MENGGUNAKAN TANDAS AWAM
jirus/flush tandas sebelum menggunakannya. ia
untuk mencegah penularan jika pengguna
sebelum itu adalah penderita penyakit kelamin.
gunakan air yang keluar dari paip dan hindari
penggunaan air dari baldi takungan kerana
menurut kajian air yang bertakung di dalam
tandas selalunya mengandungi 70% kulat
Candida albicans (penyebab keputihan && rasa
gatal pada vagina)
4.MENJAGA RERAMBUT SEKITAR ALAT
KELAMIN
hindari membersihkan rerambut di bahagian
kemaluan dengan cara mencabut kerana akan
wujud lubang pada bekas bulu kemaluan
tersebut && ia boleh menjadi jalan masuk
bakteria, kuman && kulat. ia juga turut dapat
menimbulkan iritasi && penyakit kulit.
disarankan untuk merapikan rerambut ini
dengan memendekkan melalui cara
menggunting/dicukur. sekiranya dicukur
gunakan buih sabun terlebih dahulu && pastikan
anda menggunakan pencukur cukur khusus
yang lembut dan sudah dibersihkan dengan
sabun && air panas. elak dari menggunakan
pencukur yang sudah digunakan. bulu-bulu di
bahagian ini berfungsi untuk kesihatan alat
kelamin. ia digunakan untuk merangsang
pertumbuhan bakteria baik yang melawan
bakteria jahat serta menghalang kemasukan
benda asing ke dalam vagina, menjaga alat
kelamin tetap hangat && melindungi dari
gesekan.
5.PEMAKAIAN PANTYLINER
pemakaian patyliner tidak dianjurkan digunakan
setiap hari, sebaiknya digunakan ketika
keputihan. adalah lebih baik jika membawa
seluar dalam ganti daripada menggunakan
patyliner setiap hari.
6.HINDARI SELUAR KETAT
memakai seluar dalam ketat/jean yang terlalu
ketat di celah kelangkang menyebabkan kulit
sukar bernafas && akhirnya membuatkan
bahagian tersebut berpeluh, mudah dijangkiti
kulat. pemakaian seluar ketat bagi lelaki pula
akan membuat peredaran darah tidak lancar &&
bahagian sulit mereka iaitu penis serta testis
dalam keadaan panas. panas yang berlebihan
boleh menurunkan kualiti sperma.
7.JANGAN MALAS MENGGANTI TUALA WANITA
bagi wanita yang sedang haid, jangan malas
mengganti tuala wanita kerana ketika
menstruasi, kuman-kuman mudah untuk masuk
&& tuala wanita yang ada gumpalan darah
merupakan tempat pembiakan kulat serta
bakteria. ganti setiap 4 jam sekali, 2 3 x sehari/
apabila sudah berasa tidak selesa. jangan lupa
bersihkan vagina sebelumnya ketika mengganti
tuala wanita.
Sunday, November 10, 2013
Akhirnya 'Kau' Turun Juga...
Baru je aku nak bersantai tengok cite best,terus je elektrik tak da...frust giler!! Anak-anak aku pun dah bising,gelap la,itu la,ini la.... Aku juga yang jadi mangsa kene tadah telinga dengar dia orang complain.
Apa-apa pun aku tetap bersyukur sebab hujan dah turun...yaahooo....! Dulu masa kecil,kalau hujan mesti wajib main hujan,sekarang takda lagi... Kalau aku turun main hujan,nanti anak-anak pun join skali pun susah juga.. :D
Saturday, November 9, 2013
Ada Apa Dengan Cemburu
Walaupun cemburu tu pekara biasa,ia boleh jadi pekara luar biasa bila kita gagal mengawal rasa cemburu kita.Korang tahu tak yang cemburu tu mampu membunuh?? Banyak orang sanggup buat apa saja sebab cemburu termasuklah membunuh! Percaya atau tidak,motif cemburu adalah antara motif tertinggi dalam jenayah membunuh.Cemburu juga boleh menyebabkan kita mengalami gangguan jiwa bila kita gagal mengawal rasa tersebut..
Cemburu itu sebenarnya mampu membawa kejayaan dalam hidup kita kalau kita melihatnya dari sudut yang positif... Oleh itu,apa pun yang kita buat,kita hendaklah mampu mengawal keadaan dah rasa cemburu kita agar rasa cemburu itu tidak memakan diri...
Friday, November 8, 2013
Kisah Ibu Muda
Kenapa jadi macam ni??
Ha.....tu la...kalau tak bersedia lagi nak pegang tanggungjawab jadi seorang ibu,lebih baik jangan menggatal nak kawin awal.Tanggungjawab sebagai seorang ibu itu sangat besar...bila dah jadi ibu,sepenuh perhatian dan masa memang untuk anak-anak serta keluarga. Kat sini la kekuatan mental dan fizikal itu sangat diperlukan.
Kebanyakkan ibu muda yang gagal,adalah berpunca daripada sikap mereka sendiri yang tiada usaha langsung untuk berubah.Aku masa mula-mula jadi ibu dulu pun stress juga...maklum la,masa tu aku muda lagi.Umur aku masa tu....biarlah rahsia...hehe.Tapi memang muda la... Selalu juga la aku dengan hubby aku berperang pasal ank ni,buat ni tak betul,buat tu tak betul... Tapi lama kelamaan,aku rasa ok dah... Memang betul la kata orang,semua benda perlukan masa.
Syukur....sekarang family aku bahagia.Aku pula belajar untuk jadi matang walaupun aku muda lagi.. Apa yang penting,kekuatan untuk harungi hidup itu harus ada supaya kita mampu untuk hadapi cabaran.
Huhu....panjang pula aku berceloteh hari ni... :D
Thursday, November 7, 2013
Kenali Wanita 'Si Pisau Cukur'
By the way....aku sebenarnya nak cerita pasal ciri-ciri wanita pisau cukur ni... So...check this out..... ;)
1. Semasa proses mengenali lelaki dia
akan menggunakan segala aset yang
dimilikinya untuk menggoda seseorang
lelaki.
2. Selalunya perempuan pisau cukur ini
orangnya lemah lembut, manis dan sangat-
sangat pandai berkata-kata. Selalunya
pada permulaan hubungan dia tidak
akan meminta apa-apa. Tetapi lama
kelamaan sampai botak si lelaki untuk
memenuhi permintaannya.
3. Agak seksi dan menggoda untuk
memudahkan lelaki cair
4. Berperwatakan seperti mewah untuk
meyakinkan lelaki bahawa dia tidak
memerlukan harta si lelaki untuk senang.
5. Selalunya mempunyai kenangan pahit
tersendiri. Mungkin pernah dilukakan atau
diperlakukan sesuatu oleh lelaki
sehinggakan dia menganggap semua lelaki
tidak boleh dipercayai dan menanam hasrat
untuk membalas dendam pada semua
lelaki.
6. Apabila sudah agak lama berkawan dia
akan mula meminta macam-macam.
Selalunya permintaannya akan bermula
sedikit demi sedikit. Contohnya buat
permulaan dia akan meminta telefon bimbit.
Kemudian dia akan meminta lebih lagi.
7. Selalunya tiada perasaan cemburu. Tidak
mahu mengakhiri hubungan dengan
perkahwinan.Tidak mengira
status seorang lelaki sama ada berkahwin
atau bujang asalkan banyak harta dan
wang.
8. Mudah untuk dibawa kemana-mana
tanpa sebarang sekatan. Baginya
asalkan tempat yang hendak dituju boleh
memberi manfaat padanya contohnya
membeli belah.
9. Selalunya tidak akan menceritakan latar
belakang keluarganya. Jika ditanya
selalunya dia lebih suka mengelak. Jadi
tidak mustahil jika sudah berbulan-bulan
berkawan anda masih tidak tahu asal
usulnya.
10. Apabila lelaki yang dikikis sudah tidak
lagi mendatangkan manfaat kepadanya, dia
akan mencari kesalahan lelaki tersebut
untuk tinggalkannya.
Ha...dah tau dah... Kepada lelaki di luar sana..hati-hati la kalau jumpa perempuan macam ni. Mana tau,korang mungkin jadi mangsa seterusnya selepas ni...
Wednesday, November 6, 2013
Tips Elak Perut Buncit+Boroi
1.Jangan Makan Terlalu Banyak
Belon kalau diisi dengan angin yang banyak,makin besarkan?? Ha....macam tu la juga perut kita ni,kalau diisi dengan makanan yang berlebihan,mesti la jdi buncit...
2.Elakkan Makanan Yang Berlemak
Badan kita memang memerlukan lemak,tapi kuantiti yang diperlukan itu tidaklah banyak.Oleh itu,bila korang terlebih ambil lemak dalam pemakanan,mesti la lemak 2 akan terkumpul di sekitar perut biasanya.
3.Elakkan Meminum Air Terus Selepas Makan
Ni petua orang dulu-dulu...bila kita trus minum air selepas makan,perut kita akan mengembung dan kelihatan buncit.Sekurang-kurangnya kita kne lah tunggu lebih kurang 15-20minit lepas makan barulah kita minum
4.Bersenam
Ni la yang paling penting skali...bersenam itu penting untuk mgelakkan perut buncit dan menyihatkan badan.Senaman itu haruslah dilakukan secara konsisten.
Tu je la tips yang dapat aku kongsi...semoga bermanfaat untuk korang.
Say NO to 'perut buncit+boroi'....