Monday, November 11, 2013

Tips Menjaga Bahagian IntimMu Wanita

Hello..... Hari ni aku nak kongsi sikit tips menjaga bahagian 'ehem-ehem' wanita.So....wanita kat luar sana sila lah ambil perhatian. Penjagaan bahagian intim bagi wanita memang sangat perlu,sebab bahagian tu memang sensitif.Kalau tak dijaga dengan betul memang la akan mendatangkan ketidakselesaan kepada wanita.Semoga tips ni berguna untuk korang.... :)

1.SETELAH BUANG AIR BESAR/KECIL
cuci bahagian luar alat kelamin dengan air &&
sabun. bagi kaum wanita, siram dengan air
dengan arah depan ke belakang. ia mencegah
kemasukan kuman dari dubur ke vagina. bagi
lelaki pula, cukup hanya membersihkannya
dengan air bersih.
2.KEBERSIHAN PAKAIAN DALAM
ganti seluar dalam sebanyak 2x sehari untuk
menjaga kebersihan. selain itu pilihlah seluar
dalam dari fabrik yang mudah menyerap peluh.
jika tidak kulat boleh menempel pada alat
kelamin. hindari untuk saling bertukar pakaian
dalam dengan orang lain termasuklah dengan
ahli keluarga sendiri kerana setiap orang memiliki
keadaan alat kelamin yang berbeza.
3.MENGGUNAKAN TANDAS AWAM
jirus/flush tandas sebelum menggunakannya. ia
untuk mencegah penularan jika pengguna
sebelum itu adalah penderita penyakit kelamin.
gunakan air yang keluar dari paip dan hindari
penggunaan air dari baldi takungan kerana
menurut kajian air yang bertakung di dalam
tandas selalunya mengandungi 70% kulat
Candida albicans (penyebab keputihan && rasa
gatal pada vagina)
4.MENJAGA RERAMBUT SEKITAR ALAT
KELAMIN
hindari membersihkan rerambut di bahagian
kemaluan dengan cara mencabut kerana akan
wujud lubang pada bekas bulu kemaluan
tersebut && ia boleh menjadi jalan masuk
bakteria, kuman && kulat. ia juga turut dapat
menimbulkan iritasi && penyakit kulit.
disarankan untuk merapikan rerambut ini
dengan memendekkan melalui cara
menggunting/dicukur. sekiranya dicukur
gunakan buih sabun terlebih dahulu && pastikan
anda menggunakan pencukur cukur khusus
yang lembut dan sudah dibersihkan dengan
sabun && air panas. elak dari menggunakan
pencukur yang sudah digunakan. bulu-bulu di
bahagian ini berfungsi untuk kesihatan alat
kelamin. ia digunakan untuk merangsang
pertumbuhan bakteria baik yang melawan
bakteria jahat serta menghalang kemasukan
benda asing ke dalam vagina, menjaga alat
kelamin tetap hangat && melindungi dari
gesekan.
5.PEMAKAIAN PANTYLINER
pemakaian patyliner tidak dianjurkan digunakan
setiap hari, sebaiknya digunakan ketika
keputihan. adalah lebih baik jika membawa
seluar dalam ganti daripada menggunakan
patyliner setiap hari.
6.HINDARI SELUAR KETAT
memakai seluar dalam ketat/jean yang terlalu
ketat di celah kelangkang menyebabkan kulit
sukar bernafas && akhirnya membuatkan
bahagian tersebut berpeluh, mudah dijangkiti
kulat. pemakaian seluar ketat bagi lelaki pula
akan membuat peredaran darah tidak lancar &&
bahagian sulit mereka iaitu penis serta testis
dalam keadaan panas. panas yang berlebihan
boleh menurunkan kualiti sperma.
7.JANGAN MALAS MENGGANTI TUALA WANITA
bagi wanita yang sedang haid, jangan malas
mengganti tuala wanita kerana ketika
menstruasi, kuman-kuman mudah untuk masuk
&& tuala wanita yang ada gumpalan darah
merupakan tempat pembiakan kulat serta
bakteria. ganti setiap 4 jam sekali, 2 3 x sehari/
apabila sudah berasa tidak selesa. jangan lupa
bersihkan vagina sebelumnya ketika mengganti
tuala wanita.

No comments:

Post a Comment