Saturday, October 26, 2013

Rakam 'Aksi Panas'...Perlu Ke??

Budak-budak zaman sekarang...ada-ada je kerja gila dibuatnya.Yang paling hot sekarang,rakam 'aksi panas' la... Aku hairan la...perlu ke nak bt macam ni?? Mungkin sesetengah orang menganggap yang happy moment 2 harus di abadikan,tp crazy moment tu rasanya tak perlu kot...

Bukannya apa...kita ni dibesarkan dengan adat orang timur,bukan adat orang barat,jadi kita kene la jaga perlakuan kita agar apa yang kita buat tidak disalah ertikan.

'Aksi Panas' yang aku maksudkan ni meluas....cuba search kat You Tube,macam-macam video korang bolah tengok kat situ.Video lucah tempatan,aksi mat rempit yang tengah merempit,video budak-budak tempatan bergaduh..bukan video budak lelaki je,video budak perempuan pun ada juga.... Memalukan betul bila semua aksi-aksi negetif ni jadi tontonan umum,seluruh dunia lagi tu yang tengok.

Bangga ke bila 'aksi panas' macam ni jadi tontonan umum?? Tepuk dada tanya selera.... Macam-macam la.....

Thursday, October 24, 2013

Haruan Makan Anak

Apa nak jadi sekarang ni.....kes sumbang mahram semakin menjadi-jadi.Kesian aku tengok anak-anak yang jadi mangsa ni... Bayangkanlah korang yang berada kat tempat mereka yang jadi mangsa ni....hurmmm....tak terbayang aku.

Apa sebenarnya yang mendorong kes 'Haruan Makan Anak' ni semakin meningkat?? Betapa kejamnya mereka sampai sanggup 'makan' darah daging sendiri.Anak yang sepatutnya pemangsa tu jaga dan lindungi,jadi mangsa mereka sendiri.Mana perginya sifat keperimanusiaan mereka?

Aku rasa,mereka yang macam tu mesti kurang iman...kurang kesedaran sivik(kurang moral :p),takda rasa bertanggungjawab...nafsu je melebih.. :D Apa-apa pun,hukuman yang berat aku rasa perlu untuk mereka ni,biar mereka dan masyarakat tahu yang kita sangat kisah pasal nasib mangsa-mangsa sumbang mahram ni.So,tunggu apa lagi....kalau korang perasan ada kes macam ni berlaku kat sekeliling korang,cepat-cepat la lapor kat balai polis..sebab tu juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab korang.
Betul tak??

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 23, 2013

Cinta Tiga Segi

Pernah dengar tak lagu 'Cinta Tiga Segi' ni?? Korang tau tak cerita di sebalik lagu ni?? Aku pun kurang pasti sebenarnya apa cite disebalik lagu ni,macam-macam versi cite aku dengar.Apa-apa pun,bukan pasal tu yang aku nak cite ni...

Pernah tak korang berada dalam situasi macam ni?? Siapa yang patut dipersalahkan bila korang berada dalam situasi macam ni?? Cinta tiga segi ni biasanya terjadi bila korang tak reti nak setia,kurang iman di dada..betul tak? Bila dah jumpa pasangan yang sesuai,belajarlah untuk setia.

Bila cinta pun dah bersegi-segi,mesti la banyak yang akan terluka..tak baik tau mainkan perasaan orang,nanti bila dah kene batang hidung sendiri baru tau.. So,aku harap korang tak la terjebak dalam cinta tiga segi ni..nanti merana pula... :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 21, 2013

Cara Betul 'Cari Pasal'

Ada kala,perselisihan faham boleh bertukar menjadi pergaduhan kalau tak kena pada gayanya.Cuba taktik berikut yang bukan saja boleh buat si dia akur cakap kamu,malah buat perhubungan kalian lebih mantap.

1.Elakkan Ayat Ini..
"Kita kena berbincang.."Biasanya tiada perkara bagus akan terjadi bila ayat ni diungkapkan,terutama sekali jika kamu gunakan ayat ini dalam nada yang penuh attitude.Ia pasti buatkan si dia rasa seperti cacing kepanasan.Sebaliknya,mulakan dengan memberitahu yang kamu nak cakap mengenai perkara whatever yang tengah mengganggu fikiran dan emosimu.

2.Singkirkan Drama
Wanita memang suka berdrama bila bergaduh.Tak perlulah nak menjerit,baling barang atau sampai histeria.Ia akan buat kamu nampak lebih menyakitkan hati.kalau rasa marah sangat,walk away dan kembali bila dah tenang.kamu akan rasa lebih jelas untuk bercerita mengenai pandangan kamu kepadanya,tanpa dia merasakan yang kamu 'meroyan'.

3.Akui Jika Pandangannya Betul
Percaya atau tidak,bukan si dia saja yang selalu salah.Beritahunya yang kamu faham maksudnya daripada pandangan spesifik.Ia pasti akan buatnya rasa terkedu dan mungkin akan lakukan yang sama untuk kamu.

4.Elak Keadaan Jadi Lebih Keruh
Jika kamu sedar yang bibir kamu hampir nak ucapkan sesuatu yang bakal buat diri kamu menyesal kemudian hari,lebih baik berhenti bercakap dan kira hingga sepuluh.Beritahunya perbualan kalian sudah ke arahlebih teruk dan kalian perlukan a time out.Jika dia tak pedulikan kamu dan terus 'menembak',diamkan diri.Ingat,salah seorang daripada kamu perlu berlagak seperti orang dewasa.

Jadi...kepada yang nak cari pasal tu..harap-harap tips ni berguna. :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 16, 2013

Fw: Isteri Dera Suami??

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: belindaishak89@gmail.com
Date: Wed, 16 Oct 2013 04:20:45
To: <belindaishak89.billyzarra@blogger.com>
Reply-To: belindaishak89@gmail.com
Subject: Isteri Dera Suami??

Pernah dengar ke isteri dera suami??Dulu mungkin jarang2 la kita dengar...tapi sekarang dah selalu sangat.Apa nak jadi dengan dunia sekarang?? Layak ke mereka digelar 'Suami' bila martabat mereka di rendahkan oleh si isteri??

Apa sebenarnya yang terjadi sampai isteri ni sanggup dan sampai hati buat suami mereka macam tu? Yang tu cuma isteri yang mendera je boleh jawab... Pendapat saya la,bila suami terlalu takut bini memang macam tu la... Sebagai seorang suami dan ketua keluarga,mereka seharusnya bijak mengawal segala situasi yang berlaku dalam rumahtangga.Jangan takut untuk tunjuk kuasa sebagai seorang suami asalkan mereka tidak salah menggunakan kuasa mereka.

Memang dah lumrah,kaum wanita ni kalau dimanja sikit mulalah naik lemak.Oleh itu,kita sebagai seorang isteri harus tau batas-batas sebagai seorang isteri.Ingat...walau apa pun terjadi,suami harus dihormati...kerana mereka adalah ketua keluarga.

K lah...sampai sini je celoteh hari ni,kang nak cakap lebih-lebih ,muak pula yang membaca panjang lebar... :D
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 5, 2013

Bila Cinta Itu Buta.....

Orang kata cinta itu buta....kesiankan cinta tu sebab tak dapat melihat.Tapi betul ke cinta tu buta?? atau kita yang buta sebenarnya bila bercinta?? pada pendapat mama,mesti la kita yang buta bila bercinta.

Banyak kes yang berlaku gara-gara cinta buta ni...Budak-budak zaman sekarang,kecil-kecil lagi dah pandai bercinta-cintun ni.Belum apa-apa,pergaulan dah terlalu bebas...pastu,tak habis sekolah lagi dah ada handphone masing-masing.Zaman mama dulu,memang dah ada handphone,tapi mak bapa mama t kasi pakai.Mama dah habis sekolah menengah baru mama dapat pakai handphone ni.Bila dah pandai bercinta,macam-macam la yang terjadi...ha...dah tak nampak benda lain dah..nampak wajah buah hati je.. Sebab tu la orang kata cinta tu buta kot....(Huhu...)

Sebab cinta buta,sanggup buang keluarga.Sebab cinta buta,sanggup buang anak.Sebab cinta buta,sanggup mati bersama(you jump,I jump...)Sebab cinta buta,sanggup jadi mangsa dera,sanggup jadi keldai dadah,sanggup kene tipu dan macam-macam lagi la yang sanggup dibuatnya....

Sekarang ni....tepuk dada,tanya selera....berbaloi ke cinta buta ni?? Kat sini mama nak nasihatkan sikit ,sebelum kita mncintai orang lain,belajar la untuk cintakan diri sendiri dulu...supaya kita tak merana lain hari....

Friday, August 2, 2013

Dalam Membentuk Peribadi Positif Anak-Anak,Apakah Peranan Ibu Bapa?

Anak merupakan kurniaan dari Tuhan yang paling istimewa.Sesiapa sahaja yang punya anak pasti tahu bagaimana rasanya mempunyai anak dan mereka pasti inginkan anak-anak mereka membesar menjadi insan yang berguna.Tapi sayang,hari ini kita dapat melihat begitu banyak anak-anak remaja yang buruk tingkah lakunya.Ada yang berani melawan kata-kata ibu bapa,ada yang pandai berbohong,melakukan kesalahan jenayah yang serius,masalah vandalisme dan sebagainya.... Jika kita renungkan semula...siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?? Hari ini,saya ingin memberitahu anda semua bagaimana ibu bapa memainkan peranan mereka dalam membentuk peribadi yang mulia anak-anak...

1.Memberi contoh atau teladan yang baik

-Semasa anak-anak masih kecil mereka umpama 'video kamera'.Mereka mampu menghafal setiap apa yang kita buat dan meniru setiap perbuatan kita.Sebagai contoh,jika kita selalu bercakap kasar dengan mereka,mereka juga akan bercakap kasar seperti kita dengan orang lain.Oleh itu,kita sepatutnya menjaga tingkah laku dan gaya percakapan kita di hadapan mereka.

2.Tidak terlalu memanjakan anak-anak

-Ramai anak-anak zaman sekarang yang terlalu dimanjakan oleh ibu bapa sehingga mereka 'besar kepala'.Semua permintaan dpenuhi oleh ibu bapa tanpa memikir kesan buruk yang akan berlaku.Apabila ibu bapa tidak lagi mampu memberi apa yng mereka inginkan,mereka akan memberontak dan mencari jalan lain untuk mendapatkan apa yang diingini.contohnya,mereka akan memcuri.Ibu bapa sepatutnya tidak terlalu memanjakan anak-anak supaya mreka tidak terbiasa..

3.Memberi didikan agama

-Ini merupakan salah satu pekara yang paling penting dalam membentuk sahsiah positif anak-anak.Namun seiring waktu berjalan,pekara ini semakin dilupai oleh kbanyakkan ibu bapa hari ini.Mereka lupa bahawa didikan agama masih merupakan teras penting dalam membentuk peribadi anak-anak.Didikan agama sangat penting supaya mereka tahu untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.