Friday, August 2, 2013

Dalam Membentuk Peribadi Positif Anak-Anak,Apakah Peranan Ibu Bapa?

Anak merupakan kurniaan dari Tuhan yang paling istimewa.Sesiapa sahaja yang punya anak pasti tahu bagaimana rasanya mempunyai anak dan mereka pasti inginkan anak-anak mereka membesar menjadi insan yang berguna.Tapi sayang,hari ini kita dapat melihat begitu banyak anak-anak remaja yang buruk tingkah lakunya.Ada yang berani melawan kata-kata ibu bapa,ada yang pandai berbohong,melakukan kesalahan jenayah yang serius,masalah vandalisme dan sebagainya.... Jika kita renungkan semula...siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?? Hari ini,saya ingin memberitahu anda semua bagaimana ibu bapa memainkan peranan mereka dalam membentuk peribadi yang mulia anak-anak...

1.Memberi contoh atau teladan yang baik

-Semasa anak-anak masih kecil mereka umpama 'video kamera'.Mereka mampu menghafal setiap apa yang kita buat dan meniru setiap perbuatan kita.Sebagai contoh,jika kita selalu bercakap kasar dengan mereka,mereka juga akan bercakap kasar seperti kita dengan orang lain.Oleh itu,kita sepatutnya menjaga tingkah laku dan gaya percakapan kita di hadapan mereka.

2.Tidak terlalu memanjakan anak-anak

-Ramai anak-anak zaman sekarang yang terlalu dimanjakan oleh ibu bapa sehingga mereka 'besar kepala'.Semua permintaan dpenuhi oleh ibu bapa tanpa memikir kesan buruk yang akan berlaku.Apabila ibu bapa tidak lagi mampu memberi apa yng mereka inginkan,mereka akan memberontak dan mencari jalan lain untuk mendapatkan apa yang diingini.contohnya,mereka akan memcuri.Ibu bapa sepatutnya tidak terlalu memanjakan anak-anak supaya mreka tidak terbiasa..

3.Memberi didikan agama

-Ini merupakan salah satu pekara yang paling penting dalam membentuk sahsiah positif anak-anak.Namun seiring waktu berjalan,pekara ini semakin dilupai oleh kbanyakkan ibu bapa hari ini.Mereka lupa bahawa didikan agama masih merupakan teras penting dalam membentuk peribadi anak-anak.Didikan agama sangat penting supaya mereka tahu untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.


No comments:

Post a Comment