Wednesday, November 20, 2013

Rahsia Cantik Berseri

Hai.... ^_^....
Siapa yang tak nak nampak cantik,semua orang kalau boleh nak nampak cantik.Bertuah la kalau kita dikurniakan wajah yang cantik semulajadi,tapi bagi yang kurang menarik sikit tu,macam mana?? Memang la,paras rupa bukan segalanya,tapi paras rupa yang sempurna perlu untuk kita berasa lebih yakin...betul tak?? So,hari ni,aku nak kongsi sikit rahsia yang boleh pakai la...untuk menambah seri wajah korang... ;)

1. TIDAK MEROKOK
Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan
mengecilkan pembuluh darah dalam badan,
mengurangkan kandungan oksigen dan juga
nutrisi yang dibekalkan untuk melembabkan tisu
dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan
bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok
disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok
juga membuatkan seseorang itu nampak
lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-
baiknya elakkan diri anda daripada terhidu
asap rokok kerana ia bukan saja
merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua
kali ganda risiko untuk mendapat penyakit
berbanding dengan mereka yang merokok.
2. REMAJA DARI DALAM
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air
kosong setiap hari, makan pemakanan
yang seimbang dan lebihkan buah-buahan.
Buahbuahan dan sayuran mengandungi
antioksidan yang diperlukan kulit dan kaya
vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A,
B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan
dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda.
3. PENGELUPASAN KULIT
Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang
terbaik untuk proses peremajaan kulit. Namun,
para pakar dermatologi memberi peringatan
pengelupasan melampau akan menyebabkan
kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta
terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-
baiknya jangan menggunakan rawatan
pengelupasan atau melakukan skrub
dengan terlalu kerap lebih daripada dua
kali seminggu.
4. PELEMBAP ANTIOKSIDAN
Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk
mengembalikan semula kelembapan kulit
dengan pelembab yang mengandungi
antioksidan dan vitamin yang tinggi. Kajian
menunjukkan bahawa kulit berada pada
keadaan yang terbaik pada waktu malam
untuk menyerap kandungan aktif yang
terdapat pada produk penjagaan kulit.
5. BERSENAM
Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh
pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan
tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga.
Senaman secara rutin juga membantu
melancarkan peredaran darah dan kulit
kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah
jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah
memadai sebagai permulaan senaman.
Perpeluhan menggalakkan rembesan bahan
toksik dari badan, pernafasan teratur juga
mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor
otot-otot dalam badan. Senaman memberi
oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru
dan juga kulit.

No comments:

Post a Comment