Monday, November 18, 2013

Nasi Kangkang

Barangkali sebilangan kita pernah terserempak
lelaki berstatus suami, berperangai bak lembu
ditarik hidung oleh isteri sendiri.
Disuruh duduk, dia duduk.
Disuruh berdiri, dia berdiri.
Jika disuruh berguling oleh isteri, dia akan
berguling sehingga disuruh berhenti.
"Tengok suami perempuan itu, sentiasa
mengikut arahan isteri dia, mesti sudah terkena
nasi kangkang"
Mungkin ramai antara anak muda generasi masa
kini, tidak mengetahui apakah itu nasi
kangkang. Menurut kisah yang aku dengar,
menghasilkan nasi kangkang bukan sesukar
seperti menyediakan nasi beriani.
Secara ringkas, wanita sedang haid, memakai
kain batik tanpa seluar dalam dan meletakkan
sebekas nasi panas dan berwap di bawah
kangkangnya.
Lebih luas kangkangnya, lebih bagus.
Cecair dari kemaluan bercampur darah
kemudian menitis ke dalam nasi panas,
kemudiannya dihidangkan kepada suami.
Kedengaran kotor dan meloyakan.
Dipercayai selepas itu, suami bakal menurut
semua kehendak isteri tanpa sebarang
bantahan.

Bila korang buat macam ni,korang rasa hebat ke?? Kenapa perlu buat sampai macam ni?? Mereka suami,seharusnya dihormati...bukan dipijak. Orang kata,syurga seorang isteri letaknya di bawah tapak kaki suami. Pekara macam ni bukan main-main.Jangan seronak bila tengok suami korang macam lembu kena tarik hidung,di akhirat nanti,korang jawab la sendiri...

No comments:

Post a Comment