Saturday, November 23, 2013

Awas Kosmetik Tiruan!!

Hai semua.....hari ni aku nak cerita pasal kosmetik tiruan yang dijual secara berleluasa kat negara kita ni.
Kosmetik tiruan ni memang murah dan senang nak dapat kat mana-mana.
Namun,ramai wanita yang
menggunakan produk kosmetik tiruan tidak
menyedari bahawa barangan tersebut
sebenarnya merupakan pembunuh senyap
termasuk boleh mengakibatkan kecacatan kekal
pada otak.

Kosmetik tiruan ni mengandungi campuran
bahan kimia bertoksik yang sangat berbahaya
pada kulit, organ dalaman dan sistem saraf manusia.
Penggunaan kosmetik tiruan dalam tempoh
panjang menyebabkan bahan kimia berbahaya
itu meresap ke dalam liang kulit seterusnya
berkumpul dan meningkatkan jumlah toksik
dalam badan.
Pengguna boleh terdedah kepada risiko
kehilangan sel otak yang mengakibatkan mereka
menjadi cacat akal atau menghidap penyakit
Alzheimer pada masa akan datang.

Antara risiko penyakit yang mengancam
pengguna ialah parut kekal pada kulit, psoriasis
(penyakit kulit), jangkitan kuman pada mata,
masalah jantung, buah pinggang dan gangguan
sistem saraf.
So macam mana....korang masih berani nak guna ke produk kosmetik tiruan ni?? Jangan sebab nak cantik,korang sanggup nak gadai nyawa....tak berbaloi langsung la wahai wanita..... Hmm...fikir-fikirkan la....

1 comment:


  1. VAZBET - Tembak Ikan Online | Agen Slot Joker123

    Tembak Ikan Online
    Bandar Slot Online


    Tembak Ikan Online | Bandar Slot Online

    *Bonus Member Baru 10% - 20%
    *Bonus Next Deposit 5% / Hari
    *Bonus Cashback 10% / Minggu
    *Bonus Referral 10%
    *Bonus Komisi Referral 2% / Minggu

    Ayo Daftar ! Dapatkan Bonus Menarik Lainnya ~
    WA: +855 7879520

    Domain:
    WWW.VAZBET.IN
    WWW.VAZBETGAME.COM

    #Tembak_Ikan_Online #vazbet #joker123

    ReplyDelete