Saturday, November 23, 2013

Awas Kosmetik Tiruan!!

Hai semua.....hari ni aku nak cerita pasal kosmetik tiruan yang dijual secara berleluasa kat negara kita ni.
Kosmetik tiruan ni memang murah dan senang nak dapat kat mana-mana.
Namun,ramai wanita yang
menggunakan produk kosmetik tiruan tidak
menyedari bahawa barangan tersebut
sebenarnya merupakan pembunuh senyap
termasuk boleh mengakibatkan kecacatan kekal
pada otak.

Kosmetik tiruan ni mengandungi campuran
bahan kimia bertoksik yang sangat berbahaya
pada kulit, organ dalaman dan sistem saraf manusia.
Penggunaan kosmetik tiruan dalam tempoh
panjang menyebabkan bahan kimia berbahaya
itu meresap ke dalam liang kulit seterusnya
berkumpul dan meningkatkan jumlah toksik
dalam badan.
Pengguna boleh terdedah kepada risiko
kehilangan sel otak yang mengakibatkan mereka
menjadi cacat akal atau menghidap penyakit
Alzheimer pada masa akan datang.

Antara risiko penyakit yang mengancam
pengguna ialah parut kekal pada kulit, psoriasis
(penyakit kulit), jangkitan kuman pada mata,
masalah jantung, buah pinggang dan gangguan
sistem saraf.
So macam mana....korang masih berani nak guna ke produk kosmetik tiruan ni?? Jangan sebab nak cantik,korang sanggup nak gadai nyawa....tak berbaloi langsung la wahai wanita..... Hmm...fikir-fikirkan la....

Thursday, November 21, 2013

Kenapa Warna Kulit Jadi Isu??

Ha....korang baca tak harian metro hari ni?? Aku ada la terbaca kes yang berlaku di Ipoh ni,pasal seorang budak 12 tahun gagal mohon MyKad dua kali gara-gara berbeza warna kulit dengan ibunya.Ibunya pula dah berkali-kali menerangkan yang anak itu adalah anak kandungnya....
Masalahnya sekarang,kenapa mereka menggunakan alasan warna kulit untuk menangguhkan proses membuat MyKad budak tu??
Aku rasa,kalau nak sebut pasal warna kulit berbeza,bukan mereka je yang macam tu kot....banyak lagi orang lain macam tu...
Aku buat kad pengenalan dulu tak da pula orang tanya macam-macam...yang penting,sijil kelahiran tu.
Jadi....apa sebenarnya yang terjadi...??
Aku cuma prihatin dengan nasib budak tu...

Wednesday, November 20, 2013

Rahsia Cantik Berseri

Hai.... ^_^....
Siapa yang tak nak nampak cantik,semua orang kalau boleh nak nampak cantik.Bertuah la kalau kita dikurniakan wajah yang cantik semulajadi,tapi bagi yang kurang menarik sikit tu,macam mana?? Memang la,paras rupa bukan segalanya,tapi paras rupa yang sempurna perlu untuk kita berasa lebih yakin...betul tak?? So,hari ni,aku nak kongsi sikit rahsia yang boleh pakai la...untuk menambah seri wajah korang... ;)

1. TIDAK MEROKOK
Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan
mengecilkan pembuluh darah dalam badan,
mengurangkan kandungan oksigen dan juga
nutrisi yang dibekalkan untuk melembabkan tisu
dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan
bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok
disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok
juga membuatkan seseorang itu nampak
lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-
baiknya elakkan diri anda daripada terhidu
asap rokok kerana ia bukan saja
merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua
kali ganda risiko untuk mendapat penyakit
berbanding dengan mereka yang merokok.
2. REMAJA DARI DALAM
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air
kosong setiap hari, makan pemakanan
yang seimbang dan lebihkan buah-buahan.
Buahbuahan dan sayuran mengandungi
antioksidan yang diperlukan kulit dan kaya
vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A,
B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan
dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda.
3. PENGELUPASAN KULIT
Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang
terbaik untuk proses peremajaan kulit. Namun,
para pakar dermatologi memberi peringatan
pengelupasan melampau akan menyebabkan
kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta
terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-
baiknya jangan menggunakan rawatan
pengelupasan atau melakukan skrub
dengan terlalu kerap lebih daripada dua
kali seminggu.
4. PELEMBAP ANTIOKSIDAN
Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk
mengembalikan semula kelembapan kulit
dengan pelembab yang mengandungi
antioksidan dan vitamin yang tinggi. Kajian
menunjukkan bahawa kulit berada pada
keadaan yang terbaik pada waktu malam
untuk menyerap kandungan aktif yang
terdapat pada produk penjagaan kulit.
5. BERSENAM
Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh
pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan
tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga.
Senaman secara rutin juga membantu
melancarkan peredaran darah dan kulit
kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah
jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah
memadai sebagai permulaan senaman.
Perpeluhan menggalakkan rembesan bahan
toksik dari badan, pernafasan teratur juga
mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor
otot-otot dalam badan. Senaman memberi
oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru
dan juga kulit.

Monday, November 18, 2013

Nasi Kangkang

Barangkali sebilangan kita pernah terserempak
lelaki berstatus suami, berperangai bak lembu
ditarik hidung oleh isteri sendiri.
Disuruh duduk, dia duduk.
Disuruh berdiri, dia berdiri.
Jika disuruh berguling oleh isteri, dia akan
berguling sehingga disuruh berhenti.
"Tengok suami perempuan itu, sentiasa
mengikut arahan isteri dia, mesti sudah terkena
nasi kangkang"
Mungkin ramai antara anak muda generasi masa
kini, tidak mengetahui apakah itu nasi
kangkang. Menurut kisah yang aku dengar,
menghasilkan nasi kangkang bukan sesukar
seperti menyediakan nasi beriani.
Secara ringkas, wanita sedang haid, memakai
kain batik tanpa seluar dalam dan meletakkan
sebekas nasi panas dan berwap di bawah
kangkangnya.
Lebih luas kangkangnya, lebih bagus.
Cecair dari kemaluan bercampur darah
kemudian menitis ke dalam nasi panas,
kemudiannya dihidangkan kepada suami.
Kedengaran kotor dan meloyakan.
Dipercayai selepas itu, suami bakal menurut
semua kehendak isteri tanpa sebarang
bantahan.

Bila korang buat macam ni,korang rasa hebat ke?? Kenapa perlu buat sampai macam ni?? Mereka suami,seharusnya dihormati...bukan dipijak. Orang kata,syurga seorang isteri letaknya di bawah tapak kaki suami. Pekara macam ni bukan main-main.Jangan seronak bila tengok suami korang macam lembu kena tarik hidung,di akhirat nanti,korang jawab la sendiri...

Friday, November 15, 2013

Tips Anak Pintar

Sebagai ibu bapa,siapa yang tak hendak tengok anak jadi pandai dan pintar.Tapi,ramai juga ibu bapa yang tidak tahu bagaimana untuk membentuk anak mereka supaya bijak dan pintar.Tadi,aku terbaca beberapa tips anak-anak pintar.So,aku rasa nak kongsikan sikit dengan korang. Semoga tips ni korang dapat praktikkan pada anak-anak korang nanti....

1. Bermain Permainan Asah Otak
Hal ini telah terbukti untuk meningkatkan
kemampuan otak kanan anak anda. Catur, teka-
teki silang, ataupun permainan tebak-tebakan
dapat melatih otak anak anda. Permainan seperti
Sudoku bisa menjadi permainan yang
menyenangkan sekaligus melatih pemikiran
strategis, pemecahan masalah, dan pengambilan
keputusan yang kompleks. Jaga terus permainan
asah otak ini di sekitar rumah dan ajak anak anda
untuk membantu anda dalam memecahkan
masalah yang rumit.
2. Belajar Musik
Mendengarkan anak anda bermain musik
mungkin tidak selalu menyenangkan bagi anda,
namun pelajaran musik dapat menjadi cara yang
menyenangkan untuk mengasah otak kanan.
Berdasarkan sebuah penelitian oleh para peneliti
dari Universitas Toronto, pelajaran musik
tampaknya bermanfaat bagi perkembangan IQ
dan akademik anak. Penelitian tersebut
menemukan bahwa belajar musik di masa kecil
akan berpengaruh pada hasil (nilai) yang lebih
bagus saat di SMU, dan IQ yang tinggi ketika
dewasa.
3. ASI
ASI adalah makanan yang bagus untuk otak bayi.
Penelitian secara konsisten telah menunjukkan
bahwa menyusui memiliki banyak manfaat untuk
pertumbuhan bayi. ASI dapat mencegah infeksi
berbahaya dan merupakan sumber makanan
penting. Peneliti Denmark telah menemukan
bahwa menyusui dapat membuat bayi menjadi
sehat dan cerdas. Studi ini mengatakan bahwa
bayi yang diberi ASI selama sembilan bulan,
tumbuh secara signifikan dan lebih cerdas
daripada mereka yang menyusui hanya selama
satu bulan atau kurang.
4. Olahraga
Studi yang dilakukan oleh peneliti Universitas
Illinois menunjukkan hubungan yang kuat antara
kebugaran dan prestasi akademik di antara anak-
anak sekolah dasar. Berolahraga dapat
mendorong anak lebih percaya diri, mampu
bekerja secara tim, dan berjiwa kepemimpinan.
5. Bermain video game
Terkejut…? Mungkin banyak dari anda yang tidak
setuju dengan poin ini, dan memang benar
banyak jenis permainan pada video game yang
mempunyai efek negatif bagi anak, seperti
permainan bertema kekerasan dan lainnya, yang
tidak ada hubungannya dengan kecerdasan otak.
Namun masih banyak juga permainan video
game yang bersifat edukatif dan mampu
meningkatkan perkembangan otak anak lebih
cepat. Sebuah studi terbaru yang dilakukan di
University of Rochester menemukan bahwa
peserta yang bermain video game belajar isyarat
visual jauh lebih cepat daripada rekan-rekan
mereka. Namun demikian, anda sebagai orang
tua harus benar-benar menyeleksi dengan ketat
permainan apa yang layak bagi anak anda.
6. Gizi yang terpenuhi
Singkirkan makanan-makanan tidak sehat seperti
'junk food' dari hadapan anak anda dan ganti
dengan makanan yang tinggi akan gizi. Anak
yang gizinya terpenuhi dapat berpengaruh baik
bagi mental dan perkembangan motorik,
terutama anak usia dini khususnya dalam 2
tahun pertama kehidupannya. Sebagai contoh,
anak-anak membutuhkan zat besi untuk
perkembangan otak yang lebih baik, jadi jika
kekurangan zat besi maka impuls saraf akan
bergerak lebih lambat. Oleh sebab itu jaga
kebutuhan gizi anak anda dengan makanan-
makanan yang sehat agar meningkatkan
perkembangan otak anak anda menjadi lebih
baik.
7. Menggali dan Menjaga Rasa Keingintahuan
Para ahli mengatakan bahwa orang tua yang
mendorong dan menjaga anak-anak mereka
untuk menggali hal-hal baru, mengajarkan
mereka akan pelajaran yang berharga : bahwa
mencari pengetahuan adalah sangat penting.
Sokonglah hobi anak-anak anda selama itu
positif, jangan bosan-bosan menjawab
pertanyaan-pertanyaan anak yang mungkin
remeh bagi anda, dan ajarkan pekara baru pada mereka. Hal tersebut dapat membantu
perkembangan otak anak anda ke arah yang
lebih intelektual.
8. Membaca
Membaca sangat baik untuk perkembangan otak
anak. Membaca adalah cara untuk meningkatkan
pembelajaran dan perkembangan kognitif pada
anak-anak dari segala usia. Ajari anak-anak anda
untuk membaca sedini mungkin dan dorong
mereka agar senantiasa gemar membaca.
9. Menguatkan Kepercayaan Diri
Pada usia remaja, anak-anak dapat menjadi
mangsa berpikir negatif yang dapat membatasi
potensi mereka. Psikolog anak mendorong orang
tua untuk menguatkan anak-anak mereka secara
positif dengan dorongan dan keyakinan yang
optimis. Partisipasi dalam olahraga tim dan
kegiatan sosial lainnya juga membantu
membangun kepercayaan diri anak.
10. Sarapan
Sarapan dapat meningkatkan memori,
konsentrasi dan belajar. Anak-anak yang tidak
makan sarapan cenderung lebih mudah lelah,
menjadi lebih mudah marah, dan bereaksi lebih
cepat daripada mereka yang memulai hari
dengan sarapan. Jadi jangan biarkan anak anda
untuk tidak sarapan, karena sarapan dapat
membantu anak-anak Anda tetap fokus dan aktif
selama jam sekolah.

Thursday, November 14, 2013

Naik Hairan Dengan Nuffnang

Hello semua....! Selamat malam.... :)
Ermmm.....aku sebenarnya naik hairan kenapa nuffnang banner aku tak da timbul kat blog aku.... Aku mula blogging since julai tahun ni,awal-awal blogging aku memang dah join nuffnang.Asal aku cuba letak banner kat blog aku,memang langsung tak timbul... Kenapa agaknya?? Aku ada la rasa frust cikit sebab hal macam ni.
So,aku nak minta pendapat,tunjuk ajar dan pandangan korang tentang hal ni boleh tak?? Maklum la,aku budak baru belajar.....hehe.... :D

Wednesday, November 13, 2013

Busy Body

Masyarakat penyibuk atau lebih dikenali sebagai 'buzy body' ni memang buat semua orang meluat.Aku sendiri pun meluat bila orang asyik menyibuk je....'gago gilak' kata orang Sarawak,maksudnya,busy body betul...
Tapi kan...korang tau tak yang sikap busy body ni ada juga kebaikkannya...

Mereka yang busy body ni tak semuanya menyibuk untuk hiburan atau gosip semata-mata,ada yang busy body sebab mereka memang benar-benar prihatin terhadap masyarakat sekeliling,tetapi ramai yang tersalah anggap kerana mereka berasa rimas.

Jadi busy body ni perlu dalam kes tertentu.Contohnya,bila korang prasaan ada berlakunya kes penderaan di kawasan tempat tinggal anda,jangan takut nak menyibuk.Cepat-cepat la lapor ke balai polis.Begitu juga la dengan kes jenayah yang lain.... Haaaa....time la korang kene jadi busy body.

Menyibuk ni tak salah sebenarnya,cuma...bila dah melampau,mesti la jadi kesalahan.
So,pandai-pandai la korang kawal sikap busy body korang tu supaya nama korang tak diharamkan kat mana-mana....heheeee..... :)